Saranan kepada pelajar universiti bagi menguasai Bahasa Inggeris




Ramai graduan lepasan universiti yang mengeluh berhubung ketidakmampuan mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris selepas menamatkan pengajian. Kegagalan menguasai Bahasa Inggeris mampu menjejaskan usaha mereka mendapatkan pekerjaan yang baik ataupun jawatan yang lebih tinggi.

Rungutan juga berlaku di pihak bakal majikan ketika menemuduga calon dan juga di pihak majikan berhubung prestasi pekerja ketika mengendalikan masalah yang melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Hal ini berlaku lantaran kekurangan pendedahan graduan tersebut terhadap penggunaan Bahasa Inggeris selama ini. Ini kerana pembelajaran Bahasa Inggeris adalah merupakan satu proses. Ianya bukan bermula ketika kita di universiti, tetapi sejak dari peringkat sekolah rendah.

Bagi para pelajar yang baru mendaftar di kolej ataupun universiti, saya sarankan anda mula belajar menguasai Bahasa Inggeris bermula dari semester pertama anda. Gunakan masa yang ada untuk meningkatkan vocabs dan berinteraksi dengan pelajar yang ada. Berkawanlah dengan pelajar-pelajar dari Fakulti Bahasa Inggeris ataupun pelajar-pelajar TESL. Banyakkan berinteraksi dengan mereka di dalam Bahasa Inggeris.

Gunakan masa yang ada untuk belajar perkataan-perkataan baru setiap hari. Pastikan anda berjaya meningkatkan vocabs anda sebanyak 2,000 hingga 3,000 perkataan di dalam tempoh pengajian 4 tahun anda di universiti. Proses mengingat ini mengambil masa. Oleh itu, manfaatkannya sewaktu anda belajar di kolej ataupun universiti.

Latih diri anda untuk membuat tugasan, menjawab soalan, membuat pengumuman, berbincang di dalam kelas, bersosial dan sebagainya dalam Bahasa Inggeris. Mulakannya dari awal sesi pengajian anda. Banyakkan membaca akhbar dan artikel Bahasa Inggeris. Begitu juga dengan lagu dan filem Bahasa Inggeris, cuma pastikan anda jangan terlalu leka menonton. 

Tonton filem Bahasa Inggeris dengan subtitles, dan kemudian praktis menyebut dialog tersebut. Bila saya sebut praktis, bukan bermaksud keseluruhan dialog daripada bermula hingga tamat filem tersebut. Tetapi berlatihlah dengan menyebut 5 hingga 10 ayat dari sesebuah filem yang anda tonton. Anda boleh dengar, lafaz dan ingat dialog-dialog ini dengan button pause, repeat dan play.

Ini semua boleh membantu anda meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda. Catat perkataan-perkataan baru yang anda temui samada dalam buku nota ataupun telefon pintar.

Jika anda mampu, daftarlah masuk ke mana-mana kursus Bahasa Inggeris ketika lapang ataupun cuti semester. Gunakan ruang yang ada untuk sentiasa memperbaiki diri.

Bayangkan bagaimana tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda selepas anda menghadiri kursus Bahasa Inggeris setiap kali tibanya cuti semester? Kursus mungkin berdurasi selama 2 bulan dengan kos sebanyak RM300 sebulan. Anda mungkin terpaksa membelanjakan wang diantara RM2,000 hingga RM3,000 jika anda perlu untuk menghadiri kursus Bahasa Inggeris setiap kali cuti semester, tetapi tahukah anda bahawa ada diantara mereka di luar sana yang sudah membelanjakan wang sehingga mencecah RM10,000 dan masih tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris kerana disibukkan dengan komitmen lain.

Jadi, sekiranya anda telah menggunakan masa yang ada di universiti untuk menguasai Bahasa Inggeris, anda sudah tidak perlu lagi untuk risau bagaimana untuk menghadapi temuduga, menulis surat bagi memohon pekerjaan, menjalani peperiksaan penjawatan awam dan sebagainya. 

Ini kerana, ramai yang menyangka bahawa Bahasa Inggeris boleh dikuasai dengan sebegitu mudah, dengan hanya menghadiri dua atau tiga kali kelas. Saya akui ada pelajar yang mampu untuk belajar dengan cepat dan pantas, namun ramai yang tidak mempunyai kemampuan sebegitu. Apatah lagi apabila mereka mula terikat dengan komitmen lain seperti komitmen kerja dan keluarga.

Mulakan proses pembelajaran anda sekarang bermula dari hari pertama anda di universiti. Bagi yang sudah tamat pengajian pula, jangan bimbang. Masih ada ruang untuk anda perbaiki diri. Better late than never. Apa-apa pun, segalanya terletak kepada diri anda sendiri. Jika anda bersungguh, segalanya pasti menjadi. Where there's a will, there's a way.


====================
Cikgu Fahmy adalah lulusan Diploma Perguruan (TESL) dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan Inggeris) kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mengajar kursus Bahasa Inggeris dewasa kepada penduduk di sekitar Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya semenjak tahun 2011.

Berikut adalah tarikh-tarikh terdekat bagi kursus Bahasa Inggeris dewasa yang beliau anjurkan:


Sesi Malam:
05 Februari 2020, Rabu & Khamis, 8.30-10.30 mlm, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Sesi Sabtu:
07 Mac 2020, Sabtu, 9 pagi hingga 1 tengahari, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Cikgu Fahmy boleh dihubungi di 012.225.7436.

Comments