Soalan
ini agak subjektif. Bergantung kepada keupayaan peserta sendiri. Ada yang mengambil
masa hanya 2 bulan. Ada yang 6 bulan. Setahun, bahkan ada yang bertahun-tahun.
Segalanya bergantung kepada pendedahan terhadap Bahasa Inggeris itu sendiri.
Ada
pelajar yang belajar 2 bulan, tetapi masa yang diperuntukkannya hanyalah 4 jam
seminggu. Ada yang belajar 2 bulan, tetapi meluangkan masa selama 2 jam sehari.
Maka, hasilnya pastilah berbeza. Ada yang belajar selama 4 tahun, namun sama
seperti tidak belajar. Kerana tiada sebarang perubahan atau pembelajaran
berlaku dalam tempoh tersebut.
Ada
peserta saya yang masuk ke kursus saya hanya selama 2 bulan, namun berjaya
menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di negeri kelahirannya. Ini kerana beliau
benar-benar bersungguh belajar sewaktu menghadiri kelas saya. Beliau mampu
menghafal sebilangan besar perkataan seperti yang diminta. Beliau juga mampu
mempraktiskan grammar yang dipelajari di dalam kelas. Dan beliau juga membuat
ulangkaji sendiri pada hujung minggu sebagaimana yang saya nasihatkan.
Maka beliau
berjaya menguasai Bahasa Inggeris hanya dalam tempoh masa yang singkat. Sesingkat
2 bulan. Akuinya, walaupun beliau masih membuat beberapa kesilapan kecil ketika
mengajar, namun hal itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
Jadi
soalan yang sebenarnya patut diajukan sebenarnya bukanlah "Berapa lama
tempoh paling singkat untuk menguasai Bahasa Inggeris?", tetapi "Berapa
cepat dapat anda menghafal 3,000 perkataan dan menguasai 22 topik-topik grammar
tersebut?"
This
is the right question you need to ask yourself.
========== ==========
Cikgu
Fahmy adalah lulusan Diploma Perguruan (TESL) dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan Inggeris) dari UPM. Beliau
telah mengajar kursus Bahasa Inggeris dewasa kepada penduduk di sekitar Bangi, Kajang, Serdang
dan Putrajaya semenjak tahun 2011.
Berikut
adalah tarikh-tarikh terdekat bagi kursus Bahasa Inggeris dewasa yang beliau anjurkan:
Sesi
Sabtu:
11
Januari 2020, Sabtu, 9 pagi hingga 1 tengahari, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.
Sesi
Malam:
05
Februari 2020, Rabu & Khamis, 8.30-10.30 mlm, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.
Cikgu Fahmy boleh dihubungi di 012.225.7436.
Comments
Post a Comment