Malu bertutur dalam Bahasa Inggeris





Satu daripada masalah utama para peserta untuk menguasai Bahasa Inggeris ialah rasa malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris di hadapan rakan-rakan.

Ini adalah masalah yang telah membelenggu kebanyakan daripada kita semenjak di sekolah lagi.
Mereka yang tidak mahir, merasakan bahawa adalah sesuatu yang memalukan jika melakukan kesalahan sewaktu bertutur dalam bahasa Inggeris.

Yang anehnya, perasaan sedemikian tidak muncul jika mereka melakukan kesalahan tersebut dalam Bahasa Arab ataupun Bahasa Perancis.

Mungkin kerana mereka beranggapan bahawa Bahasa Arab dan Bahasa Perancis itu, majoritinya rakyat Malaysia tidak menguasainya. Jadi, tidaklah memalukan jika mereka tidak begitu malu bilamana melakukan kesilapan dalam bahasa-bahasa selain Bahasa Inggeris. Padahal Bahasa Inggeris juga begitu. Kita bukannya dilahirkan menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi tiada apa yang perlu anda malukan jika anda melakukan kesalahan ketika bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Bahkan ketika bertutur dalam Bahasa Melayu juga, kita tidaklah bertutur dengan betul sangat. Banyak slanga yang digunakan berbanding bahasa baku yang standard.

Disebabkan terbitnya masalah berkenaan dengan rasa malu untuk mempelajari sesuatu bahasa, pakar bahasa menyatakan bahawa seeloknya sesuatu bahasa ke 2 (L2) itu dipelajari sebelum seseorang mencapai umur baligh.

Ianya sewajarnya diasah sewaktu di sekolah rendah, supaya perasaan malu itu tidak terbawa bawa ke sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Ini kerana budak-budak tidaklah mempunyai rasa malu sebagaimana yang biasa dialami oleh orang dewasa.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah menjangkaui umur dewasa, anda sebenarnya tidak perlu rasa malu dalam mempelajari Bahasa Inggeris kerana rasa malu tersebut hanya lahir daripada persepsi diri anda sendiri.

Diakui memang ada sebahagian diantara kita yang agak skeptikal bilamana seseorang itu cuba bertutur dalam bahasa Inggeris di hadapan rakan-rakan yang lain, namun kelompok tersebut tidak ramai.

Anda kena tetapkan mindset bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda kita. Maka tidaklah mengharapkan jika kita melakukan kesilapan ketika bertutur dalam bahasa Inggeris.

Sewaktu saya belajar dahulu, pensyarah dan rakan-rakan akan betulkan kesilapan ayat saya ketika bertutur dan kami akan ulang semula ayat tersebut selepas dibetulkan sebelum meneruskan perbualan. Dengan ini, kami dapat betulkan kesilapan kami dari semasa ke semasa.

Masalah malu ini sebenarnya berpunca daripada ketidakyakinan untuk bertutur dihadapan rakan-rakan yang lain. Puncanya ialah kerana anda berada dalam ketidakpastian, samada apa yang anda ucapkan itu betul atau salah. Anda dalam keadaan teragak-agak.

Masalah malu ini bagaimanapun akan dapat diatasi sedikit demi sedikit bilamana anda berjaya menguasai Bahasa Inggeris dengan menguasai grammar dan vocabs yang mencukupi kelak.

Jadi, biasakan diri untuk menulis dan bertutur biarpun sedikit dari semasa ke semasa. Dan belajarlah menggunakan perkataan-perkataan baru setiap hari dengan grammar yang betul. Practice makes perfect.

Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini.


Layari:

Facebook: https://tinyurl.com/tasg8jx
Blog: https://tinyurl.com/qqyojzs
Whatsapp: http://60122257436.wasap.my

====================

Cikgu Fahmy adalah lulusan Diploma Perguruan (TESL) dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan Inggeris) kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mengajar kursus Bahasa Inggeris dewasa kepada penduduk di sekitar Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya semenjak tahun 2011.


Berikut adalah tarikh-tarikh terdekat bagi kursus Bahasa Inggeris dewasa yang beliau anjurkan:

Sesi Malam:
04 Mac 2020, Rabu & Khamis, 8.30-10.30 mlm, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Sesi Sabtu:
07 Mac 2020, Sabtu, 9 pagi hingga 1 tengahari, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Cikgu Fahmy boleh dihubungi di 012.225.7436.

Comments