Kosa
kata Bahasa Inggeris perlu sentiasa dipertingkatkan bagi meningkatkan kecekapan
bertutur seseorang yang ingin mempelajari Bahasa Inggeris.
Lima
puluh peratus (50%) daripada kemahiran bertutur pelajar adalah datangnya
daripada kosa kata.
Tanpa
kosa kata, adalah mustahil sesuatu ayat dapat dilontarkan.
Di
dalam proses mempelajari dan mengingat kosa kata, adalah tidak memadai
sekiranya seseorang pelajar Bahasa Inggeris (ESL student) itu hanya mengingati
maksud sesuatu perkataan. Kadangkala
kita juga perlu mengetahui bentuk dan fungsi sesuatu perkataan tersebut serta
konteks penggunaannya.
Misalnya,
dengan mempelajari perkataan "beautiful" (cantik), anda juga perlu
tahu bahawa perkataan "beautiful" adalah terbitan daripada perkataan
"beauty" (kecantikan). "Beautiful" adalah Adjective (Kata
Sifat), manakala "Beauty" pula adalah (Kata Nama).
Dari
perkataan "beauty", kita boleh terbitkan pula Verb (Kata Kerja) daripadanya,
iaitu "beautify" (mencantikkan). Daripada perkataan "beautiful"
pula, Adverb (Kata Keterangan) pula boleh diterbitkan, iaitu "beautifully"
(dengan cantik).
Perkataan
"beautify" pula mempunyai bentuk present participle, past form dan
past participle sepertimana berikut:
"beautifying",
"beautified" & "beautified"
Bentuk-bentuknya
berbeza, bagaimanapun maksudnya adalah sama. Yang membezakan mereka adalah
konteks penggunaan.
Perkataan
"beautiful" pula mempunyai pelbagai synonym (Kata Seerti) yang
berbeza seperti berikut:
admirable,
bewitching, charming, classy, comely, cute, dazzling, elegant, exquisite,
fascinating, good-looking, gorgeous, handsome, lovely, magnificent, marvellous,
pretty, stunning, superb, wonderful etc.
Hampir
kesemuanya boleh digunakan bagi membawa maksud yang hampir seerti dengan
"beautiful" mengikut konteks.
Perkataan
"beautiful" juga menjadi "more beautiful" dan "the
most beautiful" apabila ditukarkan menjadi "Comparative Degree"
dan "Superlative Degree".
Jadi
kesemua fungsi-fungsi ini perlulah anda ketahui dalam usaha anda mengingati sesuatu
kosa kata Bahasa Inggeris.
*Kesemua ini adalah antara aspek-aspek yang saya ajarkan di dalam kelas
sepanjang tempoh dua bulan kursus Bahasa Inggeris (dewasa) yang saya tawarkan
di Bandar Baru Bangi.
====================
Cikgu Fahmy
adalah lulusan Diploma Perguruan (TESL) dari Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan
Inggeris) kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mengajar
kursus Bahasa Inggeris dewasa kepada penduduk di sekitar Bangi, Kajang, Serdang
dan Putrajaya semenjak tahun 2011.
Berikut adalah
tarikh-tarikh terdekat bagi kursus Bahasa Inggeris dewasa yang beliau anjurkan:
Sesi Malam:
05 Februari
2020, Rabu & Khamis, 8.30-10.30 mlm, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.
Sesi Sabtu:
07 Mac 2020,
Sabtu, 9 pagi hingga 1 tengahari, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.
Cikgu Fahmy boleh dihubungi di 012.225.7436.
Comments
Post a Comment