Mengapa kita perlu banyak menulis untuk menguasai Bahasa Inggeris?


Penulisan adalah satu proses. Untuk menulis, anda perlu menguasai beberapa aspek penting dalam penulisan.

(1) Satu daripadanya ialah susunan ayat agar penyampaian menjadi kemas, tidak berlaku pengulangan dan maksud yang disampaikan jelas. Ini adalah melibatkan struktur ayat dan pengolahan isi penyampaian.

(2) Keduanya, penulisan juga memerlukan kita mengatur Tenses yang bakal digunakan supaya kandungannya dapat difahami dengan betul dan tidak berlaku salah maklumat. Ini kerana Tenses Bahasa Inggeris melibatkan penggunaan masa dan fungsi yang berbeza setiap satunya.

Present Progressive (dahulu dikenali sebagai Present Continuous) berbeza fungsinya dengan Present Perfect. Begitu juga Present Perfect dengan Present Perfect Progressive. Kadangkala ayat yang sama boleh ditulis menggunakan Present Perfect dan Present Perfect Progressive. Begitu juga dengan Present Perfect dan Simple Past. Ayat "I have lived in Bangi..." boleh membawa maksud yang sama dan berbeza dengan ayat "I have been living in Bangi..." berdasarkan konteks.

(3) Sebelum itu, untuk mahir menggunakan Tenses pula, seseorang penulis perlu menguasai vocabs yang bakal digunakan. Ini termasuklah penggunaan Adjective dan Verb, bentuknya serta maksudnya. Present Participle dan Past Participle misalnya, boleh juga digunakan sebagai modifier ataupun bertindak seperti Adjective. 

Anda seharusnya boleh membezakan diantara "the breaking news" dengan "the broken arrow". Begitu juga beza diantara "dry chilies" dengan "dried chillies"? Mengapa ayat "He is dead" adalah betul, dan mengapa ayat "He has dead" adalah salah, adalah sesuatu yang anda boleh fikirkan.

(4) Keempat, pengetahuan yang luas berhubung dengan sentence connectors bukan sahaja membantu kita untuk mahir menulis, bahkan juga mahir bertutur. Sentence connectors adalah antara aspek yang paling penting untuk diberi perhatian kerana ianya adalah antara penyumbang kepada pesona ayat, sebagaimana yang dilakukan oleh Adjective dan Adverb.

Laras bahasa yang indah adalah terhasil dengan garapan ketiga-tiga elemen yang penting ini dalam sesuatu ucapan ataupun penulisan. "With all due respect", "Without further ado", "As a matter of fact", adalah antara sentence connectors yang biasa digunakan dalam penulisan dan perbahasan.

Dewasa ini, perkataan "to demistify" kedengaran lebih menarik di dalam penulisan dan perbualan berbanding menggunakan perkataan "to make you understand". Perkataan-perkataan seperti "to engineer", "to devise" dan "to generate" kelihatan lebih menarik berbanding perkataan "to build" ataupun "to create".

Ayat "The scientists have created a technology to solve the threat" boleh menjadi lebih menarik jika diubahsuai menjadi "The genius scientists have engineered a cutting-edge technology to avoid the devastating threat".

Permohonan maaf seperti "We are sorry" pastinya menjadi lebih sedap didengar dengan ayat seperti "Please accept our profuse apologies".

(5) Kelima, penggunaan modals juga tidak wajar diketepikan kerana ianya turut bertindak sebagai Kata Bantu Kerja yang selalu digunakan dalam perbualan dan penulisan. Anda seharusnya boleh membezakan diantara "You should pay..." dengan "You should have paid...". Begitu juga dengan ayat "I would walk..." dengan "I would have walked...". Kebolehan membezakan keduanya akan membantu anda menjadi lebih berhati-hati ketika menulis dan membantu anda membiasakan diri dengan penggunaannya dalam perbualan.

Akhir sekali, anda perlu tahu bahawa dengan banyak menulis, anda akan menjadi lebih mudah untuk mengingat berbanding jika anda kurang menulis. Menulis akan memaksa anda memerah otak anda untuk menjadi lebih kreatif dan memaksimakan penggunaannya. Semakin anda menggunakan otak, semakin cepat untuk impuls otak anda mendapatkan kembali maklumat-maklumat yang berkaitan apabila anda perlu untuk bercakap.

Kesemua topik-topik yang saya senaraikan di atas adalah merupakan sebahagian daripada kandungan kursus dua (2) bulan Bahasa Inggeris (dewasa) yang saya tawarkan di Bandar Baru Bangi.


====================

Cikgu Fahmy adalah lulusan Diploma Perguruan (TESL) dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan Inggeris) kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mengajar kursus Bahasa Inggeris dewasa kepada penduduk di sekitar Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya semenjak tahun 2011.


Berikut adalah tarikh-tarikh terdekat bagi kursus Bahasa Inggeris dewasa yang beliau anjurkan:

Sesi Malam:
05 Februari 2020, Rabu & Khamis, 8.30-10.30 mlm, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Sesi Sabtu:
07 Mac 2020, Sabtu, 9 pagi hingga 1 tengahari, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Cikgu Fahmy boleh dihubungi di 012.225.7436.

Comments