Kursus
Bahasa Inggeris yang saya tawarkan di Bandar Baru Bangi adalah dibangunkan
khusus bagi membantu para peserta dewasa yang berhasrat meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris mereka bagi tujuan kerjaya.
Kursus
ini berfungsi dalam beberapa cara.
Salah
satunya adalah dengan membantu
meningkatkan vocabs dan grammar peserta secara tidak langsung melalui latihan bertutur
yang dilakukan di dalam kelas secara berpasangan.
Di
dalam kelas, peserta diberi penerangan dan diminta untuk melakukan praktis
secara lisan dengan rakan mereka di dalam kelas dengan dipantau oleh saya
sendiri. Kebiasaannya, mereka mampu melakukan latihan di dalam kelas dengan
baik.
Bagaimanapun,
satu daripada masalah yang biasa mereka hadapi adalah kemampuan untuk mengingat
akan apa yang telah diajarkan sebelumnya.
Kebiasaannya
masalah ini berlaku bagi para peserta dewasa yang berusia dalam lingkungan 40an
dan ke atas.
Bagi
peserta yang berumur diantara 20 hingga 29 tahun, mereka mampu mengingat dengan
mudah. Bahkan proses mengingati semula boleh berlaku dengan pantas dengan
sedikit penerangan semula oleh guru di dalam kelas. Ini adalah kemampuan bagi kebanyakkan
peserta muda saya yang biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar universiti dan
mereka yang baru masuk bekerja.
Kebolehan
mengingat ini, diakui berkadar songsang dengan usia peserta, dimana kebolehan
ini sedikit menurun bagi peserta yang berumur diantara 30 hingga 39 tahun. Bagi
mereka yang berumur 40an dan ke atas, masalah ini adalah lebih ketara. Ada
diantara mereka yang langsung seperti tidak mempelajari apa-apa apabila
diajarkan semula, biarpun mereka telah belajar sesuatu tajuk itu seminggu sebelumnya.
Hal
ini boleh dielak dengan para peserta meluangkan masa untuk melakukan ulangkaji
semula topik-topik yang telah saya ajarkan berpandukan rakaman suara yang saya bekalkan
kepada semua pelajar.
Satu
lagi masalah ialah, peserta dewasa juga biasanya cepat berputus asa untuk
belajar. Mereka biasanya mengharapkan hasil yang pantas. Apabila mereka gagal
melihat hasilnya, mereka akan berputus asa dan berhenti. Anda perlu tahu bahawa
mempelajari Bahasa Inggeris adalah merupakan satu proses. Remember, Rome wasn't
built in just one night.
Jika
anda adalah peserta dewasa yang sukar mengingati, fahamilah bahawa pembelajaran
bahasa sememangnya memerlukan usaha yang gigih untuk dicapai. Oleh itu, anda
perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi untuk belajar. Semua orang telah
melalui perjalanan yang sukar itu dan ramai yang telah berjaya. Bezanya ada
yang telah melaluinya ketika berumur 10, 13, 25, 36, 40 dan sebagainya. Saya
melaluinya ketika berumur 24 tahun.
Anda
boleh luangkan masa pada hujung minggu dengan melakukan praktis bersama pasangan
anda di rumah sebelum mempelajari topik-topik yang seterusnya di dalam kelas.
Ini bagi membantu anda mengingat semula apa yang telah dipelajari sebelumnya.
Latihan juga boleh dilakukan dengan anak-anak dalam bentuk permainan. Bahkan
anda boleh mengajar anak-anak anda apa yang telah dipelajari di dalam kelas Bahasa Inggeris anda sebagai satu praktis yang akan membantu anda agar lebih jelas tentang apa yang
anda sendiri pelajari.
Ingatlah,
jika anda memulakan pembelajaran Bahasa Inggeris anda ketika berumur 40an, anda
masih belum terlambat. The best time to learn English was 20 years ago, the second
best time is now.
====================
Cikgu Fahmy
adalah lulusan Diploma Perguruan (TESL) dari Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan
Inggeris) kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mengajar
kursus Bahasa Inggeris dewasa kepada penduduk di sekitar Bangi, Kajang, Serdang
dan Putrajaya semenjak tahun 2011.
Berikut adalah
tarikh-tarikh terdekat bagi kursus Bahasa Inggeris dewasa yang beliau anjurkan:
Sesi Malam:
05 Februari
2020, Rabu & Khamis, 8.30-10.30 mlm, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.
Sesi Sabtu:
07 Mac 2020,
Sabtu, 9 pagi hingga 1 tengahari, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.
Cikgu Fahmy boleh dihubungi di 012.225.7436.
Comments
Post a Comment