"A
pen is mightier than a sword. A gentle word turns away wrath". Kata-kata yang lembut
berupaya menyelamatkan sebuah negara.
Dalam
pemasaran, penggunaan Bahasa Inggeris banyak diaplikasikan melalui penggunaan modifiers
seperti Adjective, Adverb dan Comparative Degree.
Contohnya,
mendiang Steve Jobs banyak menggunakan adjectives yang menarik ketika
melancarkan produk-produk baharu daripada Apple suatu ketika dahulu. Biarpun
jika diteliti specs produk yang dikeluarkan ketika itu tidaklah sehebat specs
produk yang kita ada hari ini, pembentangan oleh Steve Jobs sangat mengagumkan
sehingga ke hari ini.
Bahkan, jika kita tonton video pembentangan yang
dilakukan oleh Steve Jobs sewaktu pelancaran produk-produk Apple, kita juga
akan teruja untuk membeli produk yang dilancarkan tersebut ketika itu.
Ini
kerana Jobs banyak menggunakan Adjectives bagi membuatkan para penonton dan pendengar
teruja serta tidak senang duduk dengan produk yang dikeluarkan oleh mereka. Dan
ianya berhasil.
Penggunaan
Adjective dan Averb dalam penyampaian sememangnya sangat berkesan dalam
menghasilkan kepercayaan pendengar. Mereka yang menguasai Adjective dan Adverb
biasanya dapat menyampaikan mesej yang mempersonakan pendengar. Pesona
ini seterusnya menimbulkan kepercayaan yang membantu meningkatkan emosi pelanggan
membeli sesuatu produk. People buy things because of emotions, not because of
their logic. And they can be irrational when buying things, depending on the
sellers.
Penggunaan
Adjective, Adverb dan Comparative Degree ini boleh dilihat dengan pesat di
dalam video-video yang dihasilkan oleh Youtuber profesional yang mempunyai
banyak subscribers. Jika anda tonton video-video mereka, anda akan dapati
bahawa mereka banyak menguasai Adjective dan Adverb ketika menyampaikan
penerangan mereka kepada viewers.
Biarpun
ada diantara mereka hanya menghasilkan video pada kualiti bertaraf amatur,
namun penyampaian mereka sangat berkesan dengan content yang berkualiti dan
laras bahasa mengkagumkan ketika mereka berucap. Kerana itu, channel mereka
berjaya berkembang dengan subscribers yang ramai kerana ramai yang tertarik dengan
penyampaian mereka.
Bagi
mereka yang ingin mengembangkan bisnes ke peringkat global, sewajarnya anda
menguasai Bahasa Inggeris terutamanya yang melibatkan penggunaan modifiers ini.
Ini adalah bagi anda yang menyasarkan pembeli luar terhadap produk yang anda hasilkan.
Begitu
juga dengan anda yang menghasilkan video-video berinformasi di Youtube yang mengharapkan
pendapatan sampingan melalui YouTube Partnership Program (YouTube Adsense). Ini
kerana penonton YouTube adalah berbilion yang boleh anda sasarkan jika anda
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian.
Banyak YouTubers yang
telah berjaya hidup dengan pendapatan yang lumayan dengan menghasilkan
video-video dalam Bahasa Inggeris melalui channel mereka yang meliputi bidang
teknologi, perkakasan, masakan, travel, dokumentari dan pelbagai lagi.
Kuasailah
Bahasa Inggeris melalui penggunaan modifiers dan anda akan dapati bahawa
hasilnya adalah sangat mengkagumkan.
Ingin
belajar menguasai Adjective, Adverb dan Comparative Degree dengan mudah dan berkesan?
====================
Cikgu Fahmy
adalah lulusan Diploma Perguruan (TESL) dari Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan
Inggeris) kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mengajar
kursus Bahasa Inggeris dewasa kepada penduduk di sekitar Bangi, Kajang, Serdang
dan Putrajaya semenjak tahun 2011.
Berikut adalah
tarikh-tarikh terdekat bagi kursus Bahasa Inggeris dewasa yang beliau anjurkan:
Sesi Sabtu:
11 Januari
2020, Sabtu, 9 pagi hingga 1 tengahari, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.
Sesi Malam:
05 Februari
2020, Rabu & Khamis, 8.30-10.30 mlm, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.
Cikgu Fahmy
boleh dihubungi di 012.225.7436.
Comments
Post a Comment