Ada apa dengan Tenses Bahasa Inggeris?



Tenses Bahasa Inggeris adalah antara topik yang dikatakan sukar dikuasai oleh pelajar Bahasa Inggeris. Topik ini dikatakan sangat mengelirukan selain memerlukan pelajar menguasai beberapa topik lain yang berkaitan dengannya terlebih dahulu seperti forms of verbs dan sentence structures.

Tenses Bahasa Inggeris dianggap menyukarkan, kerana terdapat perbezaan masa didalam penggunaannya yang ternyata berbeza dengan Bahasa Melayu. 

Perbezaan juga ketara apabila melibatkan Future Tenses seperti Future Progressive Tense yang biasanya tidak digunakan dalam Bahasa Melayu, seperti "I’m going to be watching the movie tonight". Dalam Bahasa Melayu, kita biasanya menggunakan ayat "I’m going to watch the movie tonight".

Pelajar juga perlu menghafal 24 set bentuk kata kerja termasuk dalam bentuk Passive Voice untuk menguasai topik Tenses ini.

Bagaimanapun, sekiranya mereka berjaya mengingati kesemua 24 set bentuk Kata Kerja ini, proses pembelajaran Tenses akan menjadi mudah.

Penggunaan Tenses yang betul penting kerana mesej yang ingin disampaikan mestilah mengikut fungsi Tenses yang disampaikan. Jika tidak, akan berlaku masalah pemahaman atau mesej yang disampaikan tersasar.

Contohnya, ayat "He is my senior" yang berbeza dengan "He was my senior". Begitu juga dengan ayat "I have eaten my dinner" dengan "I ate my dinner".

Topik Tenses ini sebenarnya mudah untuk dikuasai sekiranya pelajar diajar dan dilatih dengan betul. Tempoh untuk menguasainya pula tidaklah lama, sekadar 2 hingga 4 jam jika dilakukan dengan betul. Pelajar juga akan beroleh keyakinan yang tinggi untuk bertutur sekiranya topik Tenses ini berjaya dikuasai.

Sekiranya anda berjaya menguasai Tenses Bahasa Inggeris, maka topik-topik lain juga akan lebih mudah anda kuasai, kerana topik ini adalah topik yang dianggap paling sukar dalam Bahasa Inggeris.

Oleh itu, kuasailah Tenses Bahasa Inggeris bagi memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris anda.

====================


Cikgu Fahmy adalah lulusan Diploma Perguruan (TESL) dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan Inggeris) kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mengajar kursus Bahasa Inggeris dewasa kepada penduduk di sekitar Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya semenjak tahun 2011.

Berikut adalah tarikh-tarikh terdekat bagi kursus Bahasa Inggeris dewasa yang beliau anjurkan:

Sesi Sabtu:
11 Januari 2020, Sabtu, 9 pagi hingga 1 tengahari, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Sesi Malam:
05 Februari 2020, Rabu & Khamis, 8.30-10.30 mlm, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Cikgu Fahmy boleh dihubungi di 012.225.7436.

Comments