5 KESALAHAN Bahasa Inggeris yang sering dilakukan ketika bertutur


Terdapat beberapa aspek dalam pertuturan Bahasa Inggeris yang sering diabaikan oleh pelajar ESL (English as the Second Language), terutamanya mereka yang masih di peringkat pemula (beginners). Berikut disenaraikan lima (5) kesalahan yang sering dilakukan ketika bertutur:

==========

1. Kehilangan "verb to be" dalam sebahagian ayat.
Bagi penutur novis, ini adalah kesilapan yang paling sering dilakukan oleh mereka. Mereka seringkali mengabaikan penggunaan verb to be apabila bercakap menjadikan ayat yang disebut kedengaran janggal.
Contohnya, "I cooking nasi goreng for my breakfast". Sepatutnya "I am cooking nasi goreng for my breakfast".
Contoh lain, "I cooking nasi goreng for my dinner last night" yang sepatutnya berbunyi "I was cooking nasi goreng for my dinner last night".

==========

2. Penggunaan "verb form" yang salah.
Ini juga seringkali dilakukan oleh mereka yang tidak menguasai grammar Bahasa Inggeris. Bagaimanapun aspek ini biasanya dilakukan oleh mereka yang mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris, bagaimanapun sukar di pastikan melainkan jika kita melihat penulisan mereka. Contohnya,
I haven't eat yet. (Sepatutnya, I haven't eaten yet)
She have try it before. (Sepatutnya, She has tried it before)

==========

3. Penggunaan "tenses" yang salah.
Ini adalah kesalahan yang paling biasa dilakukan oleh pelajar ESL peringkat sederhana dan ke bawah. Mimpi negeri bagi setiap pelajar ESL.
I go to the school yesterday. (I went to the school yesterday)
He want to come. (He wants to come)
She have call me. (She has called me)
I live here for 5 years. (I have lived here for 5 years)
She retire last month. (She retired last month)
I ate my bread just now. (I have eaten my bread just now)

==========

4. Penggunaan "preposition" yang tidak tepat.
Kesalahan ini biasanya tidak begitu ketara. Bagaimanapun, masih dilakukan oleh kebanyakan pelajar ESL ketika bercakap dan menulis.
I study in UKM. (I study at UKM)
I live at Ampang. (I live in Ampang)
I was born in 5th of August, 1990. (I was born on 5th of August, 1990)
I write the message in the paper. (I write the message on the paper)

==========

5. Terjemahan struktur ayat Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.
Where got lah. (There is no such thing)
Where you got this? (Where did you get this?)
You called me? (Ayat ini masih boleh diterima, bagaimanapun penggunaan yang lebih tepat ialah "Did you call me?")

==========

Kesilapan-kesilapan ini boleh diperbaiki dengan meneliti semula topik-topik yang berkaitan dengan memperbanyakkan latihan. Sekian dahulu perkongsian saya untuk kali ini.

Anda mencari kursus Bahasa Inggeris bagi tujuan kerjaya dan bisnes?

Hubungi saya segera.

====================

Cikgu Fahmy adalah lulusan Diploma Perguruan (TESL) dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan Inggeris) kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mengajar kursus Bahasa Inggeris dewasa kepada penduduk di sekitar Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya semenjak tahun 2011.

Berikut adalah tarikh-tarikh terdekat bagi kursus Bahasa Inggeris dewasa yang beliau anjurkan:

Sesi Sabtu:
11 Januari 2020, Sabtu, 9 pagi hingga 1 tengahari, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Sesi Malam:
05 Februari 2020, Rabu & Khamis, 8.30-10.30 mlm, Bandar Baru Bangi, 2 bulan.

Cikgu Fahmy boleh dihubungi di 012.225.7436.



Comments